Judul Satu : Itu Dia - Kisah Satu Malam

Jam menunjukkan tepat pukul 11malam. Nasir masih tidak pulang ke rumah. Zeehan, rakan serumah yang juga merupakan sepupu Nasir gusar memikirkan apa yang berlaku kepada sepupunya yang paling rapat itu.
 "Aduh, Nasir ni mana?" Zeehan bermonolog sendirian. Risau. Masakan tidak, dua jam sebelum itu, Nasir ada menghubungi dan memberitahu motorsikalnya mengalami kerosakkan untuk dihidupkan. Namun, bukan kerosakkan motor yang merisaukan si Zeehan tetapi, lokasi kerosakkan itu yang lebih merunsingkan pemikirannya sekarang.
"Masalahnya, tempat tu memang angker!" Benaknya.
Kring...Kring...Kring.. telefon bimbit Zeehan berbunyi. Laju dia mencapai dan terus menjawab panggilan yang masuk. Ya, ternyata suara sayup itu suara Nasir!
 "Kau dekat mana? Kau macam mana? Motor OK tak? Helo.. helo?! Nasir?" Bertalu-talu soalan kepada Nasir. Tapi hanya dengusan suara seperti penat yang kedengaran.
Malam itu pasti menjadi sejarah hitam buat Nasir. Beberapa bulan sebelum itu, satu kejadian tragis telah berlaku di kawasan yang berdekatan dengan lokasi kerosakkan motor si Nasir.

Begini kisahnya..

 "Mat, kenapa kau bawak laju sangat ni? Perlahanlah sikit!" Jerit Joen dari tempat pembonceng,
Mat hanya mendiamkan diri. Minyak makin dipulas sehingga habis laju. Degupan jantungnya juga makin laju.
 "Kau diam je lah." Balas Mat beberapa lama kemudian. Sekadar menjawab untuk memberi responds kepada Joen.
Jalan Permatang Rapuh Sejengkal ini bukan sekadar jalan biasa seperti kebanyakkan jalan. Di sini, banyak peristiwa seram dan angker berlaku. Satu persatu cerita seram yang pernah diceritakan kepadanya melintas di dalam pemikiran.
 "Aduh ini yang aku tak gemar ni, satu-satu cerita yang aku pernah dengar datang macam flashback! Sial lah!" Mat bermonolog sendirian sambil memaki hamun. Mat, seorang penakut. Tapi, berani sekiranya dalam keadaan terpaksa.
Pernah satu malam, nasib Mat tak berapa baik. Tahu apa terjadi? Mat terserempak dengan satu sosok menyerupai badan seorang manusia. Teapi, sosok tersebut kelihatan memakai telekung hitam, berdiri ditepi tangga dan menunduk ke bawah lantai. Langkah Mat terhenti. Berpeluh dahi.
 "OK, aku nak berambus lari atau aku nak jalan tegak je tapi, esok aku demam?" Mat sedang bercongak-congak. Seperti dberitahu tadi, Mat seorang penakut tapi, bila dalam keadaan terpaksa, dia macam berani. Ya, macam berani. Teruskan membaca. Mat mula bermonolog dalam hati.
 "Aku dah berdiri dekat 5 minit ni, apahal takde orang lalu? Eh, sial lah!"
 "Tak, yang aku pelik, apahal makhluk tu tak berambus? Tak penat ke sial berdiri tunduk macam tu?"
 "Dah dia bergerak pulak!"
 "Kau nak pergi mana pulak tu? Adoi! Stay je lah situ. Serabut lah aku nak berlari!"
Mat bernasib baik, ada seorang wanita melalui jalan itu, Mat berasa lega.
 "Cantik, ada orang lalu. Boleh tumpang jalan belakang." Mat berharap. Adakah harapan hanya tinggal harapan?
Seketika kemudian...
 "Itu adik saya." Sambil perempuan tersebut mengilai betul-betul tepi telinga Mat. Sudahnya apa yang terjadi kepada Mat ya pembaca-pembaca sekelian yang budiman? Mat pengsan.

Keesokkan harinya..








Comments